RUANG CHAT BLOGER

SOALAN ESEI KLON SPM

1.Berikut adalah petikan daripada sebuah rencana.
Puan Erzy merupakan seorang ibu tunggal yang cekal. Pada tahun 1999, beliau telah membuka sebuah gerai makanan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Kawasan tersebut mempunyai banyak premis perniagaan dan pejabat kerajaan serta kurang terdapatnya kedai makan. Beliau yang tidak mempunyai apa-apa sijil dan pengalaman berniaga, membuka kedai makan dengan modal simpanan peninggalan arwah suaminya. Puan Erzy memang cekap memasak dan pandai mengendalikan pelanggan. Sebagai akibatnya pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari.
Berkat usahanya, pada tahun 2007 beliau telah berjaya membeli sebuah rumah kedai di kawasan berhampiran dan membuka cawangan restorannya yang pertama digelar Restoran Erzy. Banyak pekerja telah diambil sebagai kakitangan kerana restorannya dibuka 24 jam. Selain itu, beliau juga telah menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi, hinggalah ke majlis rasmi kerajaan.
Selain penyediaan makanan beliau juga menyediakan perkhidmatan menyewa
khemah dan peralatan perkahwinan. Pada musim cuti sekolah, beliau biasanya tidak
menang tangan kerana ramai yang ingin menyewa peralatan perkahwinan dan khemah.
Hal ini kerana harga yang diberikan sangat berpatutan dan sesuai kepada pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.

(a) Apakah ciri-ciri usahawan yang ada pada Puan Erzy?
(b) Jelaskan sumbangan yang beliau berikan kepada masyarakat.


Sampel Jawapan :

Rangka Esei

Ceraian (a)
keyakinan diri [1m] – membuka restoran tanpa pengalaman dan tanpa sijil asas
menguruskan restoran [1m].
bijak mengenal dan merebut peluang [1m] – dengan membuka kedai makan di kawasan tumpuan ramai [1m].
berani menghadapi risiko[1m] – membeli rumah kedai dan menguruskan catering walaupun tiada pengalaman [1m]
berpandangan jauh [1m] – membuka restoran 24 jam [1m]

Ceraian (b)
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat [1m] – dengan menyediaan makanan [1m]
mewujudkan peluang pekerjaan [1m] – memberikan pekerjaan kepada masyarakat[1m]
menyumbangkan terhadap pembangunan ekonomi [1m] – bayaran cukai kepada kerajaan merancakkan pembangunan ekonomi [1m]
meningkatkan taraf hidup masyarakat [1m] – memberikan pendapatan kepada masyarakat [1m]

Contoh Esei
Ceraian (a)

Puan Erzy merupakan wanita yang mempunyai keyakinan diri. Beliau berani membuka restoran tanpa pengalaman dan tanpa sijil asas untuk menguruskan restoran. Hal ini mungkin juga kerana beliau mempunyai minat yang mendalam serta atas desakan hidup. Berkat kepandaian beliau memasak dan pandai mengambil hati pelanggan akhirnya beliau Berjaya. Beliau juga seorang yang bijak mengenal dan merebut peluang dengan membuka kedai makan di kawasan tumpuan ramai serta mempunyai kuantiti pelanggan yang ramai. Dengan kepandaian mengambil hati pelanggan kuantitinya bertambah dari semasa ke semasa.
Puan Erzy juga dilihat sebagai usahawan yang berani menghadapi risiko. Hal ini terbukti apabila beliau menceburi diri dalam bidang yang beliau tiada pengalaman dan membeli rumah kedai serta menguruskan catering. Selain itu juga beliau berpandangan jauh dengan membuka restoran 24 jam yang jarang di lakukan oleh peniaga Melayu yang lain.

Ceraian (b)

Puan Erzy yang berniaga restoran ini dapat memenuhi keperluan masyarakat dengan menyediaan makanan. Makanan merupakan keperluan yang paling asas dalam Herarki Keperluan Manusia oleh Maslow. Oleh sebab itu perniagaan beliau tetap menjadi permintaan pengguna kerana ianya menjual keperluan asas kepada manusia.
Membuka sesebuah perniagaan biasanya akan mewujudkan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan ini akan terbuka kepada masyarakat setempat. Hal ini akan mengurangkan masalah pengganguran dan meningkatkan pendapatan masyarakat.
Puan Erzy juga menyumbangkan terhadap pembangunan ekonomi atas bayaran cukai kepada kerajaan untuk merancakkan pembangunan ekonomi.
Apabila penduduk dapat bekerja dan menerima upah, maka ia akan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberikan pendapatan kepada masyarakat.


Soalan 1
(a) Huraikan mengenai perdagangan.
(b) Tunjukkan perbezaan antara perniagaan dengan perdagangan.
(c) Bantuan perniagaan penting untuk membantu perdagangan. Jelaskan sebab promosi dan komunikasi penting untuk melaksanakan perdagangan? [12 markah]


Sampel Jawapan :

Rangka Esei


Ceraian (a)
aktiviti pengagihan
bahan mentah, barang separuh siap, barang siap dan perkhidmatan
daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir
pada masa, tempat, harga, dan kuantiti yang diperlukan
satu cabang pengeluaran

Perdagangan
• kegiatan pengagihan barang daripada
pengeluar asal kepada pengguna akhir tepat
pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai
• merangkumi bidang yang luas, iaitu
perniagaan dan bantuan perniagaan
• berasal daripada cabang pengeluaran
• membolehkan pengguna membeli barang
secara tidak langsung

Perniagaan
• kegiatan jual beli barang atau
perkhidmatan demgan tujuan mendapatkan
keuntungan.
• merangkumi kegiatan jual-beli barang atau
perkhidmatan dalam dan luar negeri sahaja
• berasal daripada cabang perdagangan
• menjual barang atau perkhidmatan secara
tidak langsung kepada pengguna akhir

Ceraian (c)

Kepentingan promosi
membantu meningkatkan jualan
mempengaruhi pengguna membeli produk
mengumumkan produk
mengingatkan pengguna mengenai kewujudan produk
membantu peniaga memaksimakan keuntungan
mencipta kesetiaan pengguna

Kepentingan komunikasi
menghubungkan peniaga dari tempat yang berlainan
membolehkan keputusan penting dibuat dengan pantas
memperluaskan lagi pasaran
memboleh penghantaran atau penerimaan dokumen penting
menyebarkan maklumat dan berita
meminimakan kerugian


Soalan 1:

(a) Nyatakan dua elemen terpenting bagi membezakan industri kecil dan sederhana daripada industri berat. (4 markah)
(b) Namakan enam contoh bagi produk yang dihasilkan oleh sektor Industri Kecil dan Sederhana. (6 markah)
(c) Bagaimanakah kerajaan berusaha menyuelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pengusaha Industri Kecil dan sederhana? (15 markah)


Jawapan:

(a) - Jumlah tenaga kerja sepenuh masa.
 IKS seharusnya mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Industri berat pula melebihi angka tersebut.
- Nilai jualan tahunan
 IKS seharusnya mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta manakala industri berat akan melebihi angka tersebut.
(b) - Bahan makanan, perabot, tekstil, komponen automotif, alat ganti jentera dan bekas plastik.
(c)
- Masalah kekurangan modal:
 Melancarkan Program rantaian ILP, bekerjasama dengan industri berat
 Penubuhan Syarikat Jaminan Kredit- Pakej kewangan PAKSI untuk IKS
- Produktiviti pekerja yang rendah:
 Melancarkan Program Peningkatan Kemahiran Pekerja
 Objektifnya ialah memberilatihan, seminar dan bimbingan kerja kepada IKS
- Masalah penggunaan teknologi yang rendah:
 Melancarkan Program R&D, Agensinya ialah SIRIM, PORIM dan sebagainya.
- Masalah pasaran yang terhad:
 Melancarkan ProgramPembangunan Pasaran- MATRADE mengadakan ekspo, pameran, lawatan perniagaan untuk bantu IKS menembusi pasaran global.


Soalan 1:

(a) Tuliskan nota ringkas tentang perkara yang berikut:
i. Tataurus syarikat (5 markah)
ii. Kelebihan koperasi runcit (5 markah)
iii. Dasar Penswastaan Malaysia (5 markah)

(b) Takrifkan syarikat berhad (2 markah)

(c) Apakah perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad? (13 markah)


Jawapan:

(a)
i. Tataurus syarikat (Article of Association)
Tataurus syarikat merupakan dokumen yang memperihalkan peraturan dan prosedur pengurusan dalaman syarikat seperti:
 Perlantikan, kuasa dan tanggungjawab pengarah.
 Atur cara dan pengendalian mesyuarat agung tahunan.
 Jenis syer dan prosedur syer diterbit, dipindah milik ayau dilucutkan haknya.
 Agihan untung syarikat seperti jenis dividen dan cara pembayarannya.
ii. Kelebihan koperasi runcit: Menikmati faedah ekonomi bidangan kerana saiz perniagaan besar.
 Kewujudan kekal dan terjamin kerana mempunyai entiti berasingan daripada anggota
Beban cukai ringan diberi tarif cukai selama 5 tahun yang pertama.
Mendapat sokongan pelanggan tetap yang setia iaitu anggota sendiri
iii. Dasar Penswastaan Malaysia
Penswastaan merupakan satu dasar kerajaan untuk menswastakan perbadanan awam.
Ia melibatkan proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Dasar ini dilancarkan pada tahun 1983 seiring dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia untuk meringankan tanggungan kerajaan.
Ia adalah berteraskan konsep kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara menerusi penggemblengan sumber yang lebih cekap dan berkesan.
 Contoh perbadanan awam yang telah diswastaka ialah TV3, NTV7, Syarikat Telekom Malaysia Berhad.
(b) Syarikat berhad ialah jenis perniagaan yang mengumpul modalnya melalui terbitan syer. Terdapat 2 jenis syarikat berhad iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.
(c) Perbezaan antara syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.