RUANG CHAT BLOGER

SOALAN OBJEKTIF KLON SPM

Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan.Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Berikut adalah ciri-ciri kehendak manusia, kecuali…
A menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.
B bergantung kepada cita rasa seseorang individu.
C mudah dipuaskan dengan adanya pengkhususan.
D berubah dari semasa ke semasa.

2. Manakah penyataan yang benar tentang kehendak manusia?
I Kehendak semua manusia dapat dipenuhi
II Kehendak manusia berubah dengan peredaran zaman
III Kehendak semua individu dalam masyarakat adalah sama
IV Kehendak manusia terdiri daripada pelbagai barang dan perkhidmatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

Soalan 3 berdasarkan petikan yang berikut.
Syarikat Julie’s Sdn. Bhd. yang terletak di Pasir Gudang, Johor menyimpan semua hasil keluarannya dalam gudang. Keluaran disalurkan ke pasaran sedikit demi sedikit apabila terdapatnya permintaan
3. Aktiviti di atas dapat menghasilkan sejenis nilai faedah. Apakah nilai faedah yang dimaksudkan tersebut?
A Nilai faedah bentuk
B Nilai faedah masa
C Nilai faedah tempat
D Nilai faedah milikan

4. Antara yang berikut, manakah yang bukan aktiviti proses penciptaan nilai faedah?
A Menyimpan buah-buahan lebihan dalam penyetoran sejuk
B Hasil pertanian lebihan dijadikan baja semula jadi
C Menghantar barang dari kilang kepada pemborong
D Menyusun barang pada rak dalam kedai

Soalan 5 berdasarkan maklumat yang berikut.
Encik Danial adalah seorang pemaju perumahan. Beliau kini sedang memajukan satu
kawasan perumahan. Bahan-bahan binaan seperti besi, simen dan keluli serta kayu berotidiperoleh daripada pembekal berdekatan. Sementara itu, pasir diperoleh daripada sungai berdekatan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau jugamembekalkan pasir kepada pemaju yag lain pada harga yang berpatutan.

5. Antara yang berikut, manakah cabang pengeluaran yang Encik Danial terlibat?
A ekstraktif dan pembinaan
B ekstraktif, perkilangan, dan perdagangan
C ekstraktif, pembinaan, dan perdagangan
D perkilangan, pembinaan, dan perdagangan

6. Encik Soh seorang bekas guru. Beliau mengusahakan tanahnya yang seluas 5 ekar dengan menanam pokok buah dukong. Hasil buah dukongnya dijual kepada seorang pemborong yang datang ke kebunnya. Encik Soh terlibat dalam bidang pengeluaran…
I ekstraktif.
II perkilangan.
III perdagangan.
IV khidmat langsung.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Soalan 7 berdasarkan maklumat dalam petikan berikut.
Syarikat N Vtec Sdn. Bhd. yang terletak di kawasan perindustrian Mak Mandin mengeluarkan pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Pekerja di kilang tersebut dibahagikan mengikut beberapa kumpulan dan setiap kumpulan menumpukan aktiviti pengeluaran kepada bidang tugas masing-masing. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang penyelia yang berkelulusan diploma. Semua penyelia melaporkan kepada pengurus pengeluaran.
7. Apakah jenis pengkhususan yang digambarkan dalam petikan di atas?I Pengkhususan mengikut proses
II Pengkhususan mengikut profesion
III Pengkhususan mengikut kawasan
IV Pengkhususan antarabangsa
A I sahaja
B I dan II
C II dan III
D II dan IV

Soalan 8 berdasarkan maklumat yang berikut.
Encik Munu bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang kereta di Selangor.
Cik Mas bekerja sebagai jururunding dalam sebuah firma antarabangsa.

8. Berdasarkan maklumat di atas, apakah jenis pengkhususan yang terlibat?A Pengkhususan mengikut profesion
B Pengkhususan mengikut proses
C Pengkhususan mengikut kawasan
D Pengkhususan antarabangsa

9. Dalam urus niaga sistem barter, berapa banyak ikan yang diperlukan untuk enam tongkol jagung merujuk kepada masalah…A membahagikan barang.
B menentukan nilai pertukaran.
C pertemuan kemahuan serentak.
D penyimpanan nilai.

10. Antara yang berikut, penyataan manakah yang tidak benar tentang sistem barter?
A Sistem barter diamalkan dikalangan masyarakat sara diri
B Sistem barter dapat memuaskan kehendak dan keperluan manusia.
C Sistem barter merupakan suatu bentuk perniagaan awal manusia
D Pengkhususan dalam pengeluaran merupakan salah satu faktor wujudnya sistem ini.

Jawapan
1. D
2. D
3. B
4. D
5. C
6. A
7. B
8. A
9. B
10. A




Soalan Objektif
Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan.Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Antara yang berikut, manakah penyataan yang tepat mengenai perdagangan?A Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan.
B Merangkumi perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
C Perdagangan kepada perniagaan runcit dan perniagaan borong
D Aktiviti perdagangan antarabangsa boleh dibahagikan kepada import, eksport dan
entreport.

2. Pilih huraian yang dapat menerangkan sebab perdagangan merupakan satu cabang pengeluaran.
A Aktiviti pengeluaran dapat dibahagikan kepada 3 cabang utama, iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung
B Pengeluaran terbahagi kepada pengeluaran langsung dan pengeluaran tidak langsung.
C Pengeluaran merupakan proses penciptaan nilai faedah
D Merupakan aktiviti yang dijalankan untuk mengeluarkan produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia

Soalan 3 berdasarkan maklumat yang berikut.
Membolehkan peniaga mengawal harga pasaran dengan menstabilkan penawaran dengan permintaan.
3. Apakah bantuan perniagaan yang memiliki ciri di atas?
A Komunikasi
B Perbankan
C Pengangkutan
D Pergudangan

4. Mengapakah dikatakan pengangkutan dapat menaikkan harga produk?I Pengangkutan merupakan bantuan perniagaan yang amat penting
II Pengangkutan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis ; membolehkan peniaga memilih jenis pengangkutan yang paling sesuai untuk menghantar produknya.
III Sistem pengangkutan yang moden membolehkan barang sampai cepat ke destinasin
untuk memelihara kesegarannya
IV Ikan yang ada permintaan di kampung nelayan boleh dihantar ke bandar yang ada permintaannya.
A I dan III
B II dan IV
C III dan IV
D I, II, III dan IV

Soalan 5 berdasarkan maklumat yang berikut.Perniagaan adalah sebahagian Perdagangan
5. Penyataan di atas benar kerana perniagaan membantu…
A mengagihkan barang.
B meningkatkan mutu barang.
C menyelaraskan harga barang.
D menghasilkan pelbagai jenis barang.

Soalan 6 berdasarkan maklumat yang berikut.
PENGELUARAN PERDAGANGAN
6. Apakah hubungan kedua-dua di atas?
A Aktiviti pengkhususan.
B Aktiviti jualbeli barang.
C Penyediaan lokasi pengeluaran.
D Proses penciptaan nilai faedah.

Jawapan
1. A
2. A
3. D
4. D
5. A
6. D


1. Manakah pernyataan berikut salah tentang sebuah firma dalam industri sederhana?
A. Firma bergantung pada pasaran global untuk keluarannya.
B. Mendapat bantuan kewangan daripada agensi kerajaan seperti SMIDEC.
C. Mempunyai pekerja sepenuh masa dalam julat 51-150 orang.
D. Mempunyai nilai jualan tahunan dalan julat RM10-RM25 juta.

2. Pada pendapat anda, mengapakah sektor IKS dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan?
A. IKS hanya mengupah tenaga pekerja yang kurang mahir.
B. IKS mampu menembusi pasaran global yang mencipta permintaan untuk produknya.
C. IKS menawarkan kadar upah yang rendah, maka mampu mengupah lebih ramai pekerja.
D. IKS merupakan suatu industri yang berintensifkan tenaga buruh.

3. Sebuah firma dapat dikenalpastikan sebagai IKS dengan meneliti perkara yang berikut kecuali
A. saiz guna tenaga
B. nilai jualan tahunan
C. jenis keluaran
D. daya pengeluaran

4. Program Pembangunan Vendor ialah satu projek yang dilancarkan oleh kementerian yang berikut, iaitu
A. Kementerian Pembangunan Usahawan
B. Kementerian Perdagangan Antarabangsa
C. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
D. Kementerian Perusahaan Utama

5. Apakah sumbangan secara langsung sektor IKS terhadap pembangunan ekonomi negara?
A. Meningkatkan nilai eksport tahunan negara.
B. Meningkatkan tingkat kemahiran pekerja.
C. Mencipta banyak peluang pekerjaan.
D. Menggalakkan penggunaan teknologi terkini.

6. Kerjasama yang erat antara IKS dengan industri berat memberi manfaat yang berikut kepada masyarakat dan negara kecuali
A. dapat menggalakkan penggunaan ekonomi negara
B. dapat menggalakkan penggunaan bahan mentah tempatan.
C. dapat meninggikan produktiviti pekerja tempatan
D. dapat menggalakkan pemindahan teknologi

7. Sektor IKS dapat menjalin hubungan baik dengan industri berat dengan
A. membekalkan kompnen kritikal tempatan yang memenuhi piawai mutu
B. membekalkan kemudahan gudang untuk menyimpan bahan mentah yang diperlukan oleh industri berat
C. membekalkan kemudahan kredit kepada industri berat
D. membekalkan tenaga pekerja yang mahir

8. Berikut ialah faedah pemasaran bersepadu terhadap IKS, iaitu
I. modal pusingan dalam IKS dapat dipertingkatkan keluarannya
II. sektor IKS memperoleh pasaran terjamin untuk keluarannya
III. banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang ramai
IV. mutu keluaran IKS dapat ditingkatkan dengan bimbingan industri berat
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

9. Manakah antara berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh seorang usahawan dalam sektor IKS?
I. Daya produktiviti pekerja yang rendah
II. Kekurangan bahan mentah tempatan
III. Modal pusingan yang terikat
IV. Masalah hubung jalin dengan industri berat
A. I dan III sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

10. Berikut ialah galakan kerajaan terhadap sektor IKS kecuali
A. memberi taraf perintis kepada firma IKS yang mengalami kerugian
B. melancarkan pelbagai projek pembinaan infrastruktur
C. mlancarkan program rantaian industri (ILP)
D. menyelidik dan membangunankan teknologi tempatan


Jawapan
1. A
2. D
3. B
4. D
5. C
6. A
7. D
8. C
9. C
10. A



1. Pengurusan stok yang tidak cekap akan menimbulkan masalah lebihan stok dan merugikan usahawan. Kesan seterusnya ialah
I. Jualan merosot
II. Kadar pusingan stok perlahan
III. Kos pengendalian perniagaan meningkat
IV. Modal terikat
A. I,II dan III sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D.I, II, III dan IV

Soalan 2 dan 3 berdasarkan petikan berikut.
Koperasi ABC Berhad telah ditubuhkan pada 1 januari 2002 dengan modal sebanyak RM50 000. Lebihan dihitungkan pada akhir tahun adalah RM25 000. RM8 000 daripadanya diperuntukkan sebagai rizab. Jumlah jualan tahunan kepada anggota ialah RM240 000.
2. Cik Suzana ialah anggota koperasi ABC Berhad yang mempunyai modal syer sebanyak RM2 000. Jumlah langganannya bagi tahun berkenaan dengan koperasi ialah RM1 000. Hitungkan jumlah pendapatannya jika koperasi mengumumkan pembayaran dividen 10% atas modal.A. 150
B. 250
C. 283
D. 390

3. Kelebihan yang mungkin diperoleh daripada pemilikan perniagaan tersebut ialah
A. pembahagian untung dan rugi berdasarkan syarat perjajnian
B. kekalan terjamin kerana ia merupakna badan korporat yang sah
C. dikenakan cukai syarikat yang rendah
D. modal disumbangkan oleh anggotanya

4. Kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad ialah
A. lembaga pengarah syarikat tidak semestinya terdiri daripada pemegang syer
B. keuntungan yang diperoleh terlepas daripada percukaian
C. laporan kewangan tidak perlu diumumkan
D. merupakan badan korporat yang sah

5. Modal dibenarkan syarikat berhad juga dikenali sebagai
A. modal diterbitkan
B. modal berdaftar
C. modal berbayar
D. modal dipanggil

6. Apakah kegunaan rizab syarikat berhad?
A. Membayar faedah pinjaman ke atas modal
B. Memenuhi syarat perundangan akta syarikat
C. Membayar cukai syarikat
D. Membayar dividen pada tahun syarikat mengalami kerugian.

 Hal ehwal perniagaan dirahsiakan
 Mudah dibentuk
 Kadar cukai rendah
 Tanggungan disebarkan antara pemilik

7. Nyatakan jenis pemilikan perniagaan yang memenuhi ciri-ciri di atas.
A. Milikan tunggal
B. Perkongsian
C.Koperasi
D.Syarikat sendirian berhad

8. Berikut ialah maklumat yang diperoleh daripada tatawujud syarikat kecuali
A. hak dan liabiliti pemegang saham
B. maklumat peribadi penaja dan pengarah
C. perlantikan, kuasa dan tanggungjawab pengarah
D. objektif dan jenis perniagaan

9. Antara berikut yang manakah merupakan jenis risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal?
A. Peperangan
B. Bencana alam
C. Kemelesetan ekonomi
D. Kemalangan

10. Berikut ialah masalah penswastaan kecuali
A. mewujudkan persaingan
B. kepentingan rakyat miskin terabai
C. risiko kegagalan tinggi
D. pembaziran sumber akibat penyediaan perkhidmatan yang bertindih


Jawapan
1. B
2. A
3. B
4. B
5. C
6. D
7. D
8. C
9. C
10. A