RUANG CHAT BLOGER

BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Perniagaan dalam negeri
•aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
• Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
• terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

SALURAN AGIHAN
•proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

Bentuk Saluran Agihan
1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
• Barang yang sesuai - barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
• Pengeluar (pengilang) menjual secara pukal kepada pemborong yang kemudian memecahkan pukal kepada kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.
• Peruncit menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit.
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
• hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
• pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk mengedarkan barang-barang keluarannya kpd peruncit dan pengguna. Ejen juga menjalankan fungsi pemborong.
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
• bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
• Dlm saluran ini, pemborong membeli dlm kuantiti yang besar daripada pengeluar dan menjual dlm kuantiti kecil kepada pengguna.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
•barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
• pengeluar (pengilang) menjual terus kpd peruncit tanpa melalui pemborong.
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
•barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
•pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk menjual barang atau perkhidmatan terus kepada pengguna.
6. PENGELUAR – PENGGUNA
•barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor
•pengeluar memasarkan barang-barang keluarannya terus kepada pengguna tanpa melalui pemborong dan peruncit.

Faktor Pemilihan Saluran Agihan
1. Jenis barang
barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan
4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu

PERNIAGAAN RUNCIT
Fungsi Peruncit
1. MEMECAHKAN PUKAL
• menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
• kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
• menghantar barang ke rumah
4. MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
• cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk
• menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
• mudah dikunjungi - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
• memastikan bekalannya sentiasa mencukupi
7. MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
• menggred, menimbang, membungkus
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
• berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Peruncit berkedai
• beroperasi di premis tetap.
• di kampung atau bandar besar.
• berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.
• mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
• Kedai am - kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
• Contohnya, kedai runcit
• Kedai khusus - kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
• Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut

CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN
1. modal yang kecil
2. dimiliki oleh seorang peniaga atau berkongsi.
3. mudah ditubuhkan
4. mudah diurus
5. lokasi perniagaan
6. layanan peribadi
7. kos overhed yang rendah

PERUNCIT BESAR-BESARAN
• perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
• terletak - kawasan bandar.
• berbentuk - syarikat berhad dan bermodal besar.

ciri-ciri Perniagaan runcit besar-besaran
• Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
• Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
• Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
• Jualan – tunai, elak hutang lapuk
•Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan, teknologi - moden
• Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - iringan muzik, tandas, hawa dingin

KEDAI SEJARAS
perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang - dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat atau syarikat induk - Contoh Singer, 7-eleven dan kedai Bata.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• bentuk - syarikat berhad kerana melibatkan modal yang besar –
• dikawal Lembaga Pengarah.
• ditubuhkan - pengilang
• mempunyai kedai cawangan - seluruh negara.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pengurusan - dikawal oleh ibu pejabat atau kedai induk –
• Amalan pengurusannya - berkonsepkan pentadbiran pusat.
• Setiap cawangan - di bawah seorang pengurus.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• Barang-barang yang dijual - standard daripada aspek harga dan kualiti.
• Harga barang adalah tetap
SUSUNATUR KEDAI & KAEDAH JUALAN
• Nama dan logo perniagaan - selaras di semua cawangan.
• Rekabentuk kedai dan imej - sama
• Susunan barang-barang – standard
• Kaedah jualan - secara tunai, kad kredit - dibenarkan.

PASAR RAYA BESAR
Maksud
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• sebuah syarikat berhad yang bermodal amat besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• dasar dan polisi - ditetapkan Lembaga Pengarah
• dilaksanakan - sekumpulan pengurusan peringkat pertengahan yang bergaji tetap.
• Pengurusan setiap bahagian - seorang pengurus atau penyelia.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai jenis dan jenama barang - barang keperluan harian
• harga barang – berpatutan dan tetap
KAEDAH JUALAN
• urusan jual beli - secara tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
• tempat letak kereta, troli

PASAR RAYA
Maksud
menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi - di pusat bandar Contohnya, Pasar Raya Billion dan Pasar RayaTops.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• Pasar raya adalah berbentuk syarikat berhad.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (dasar)
• dan diuruskan (perlaksanaan) oleh kakitangan profesional
• dibahagikan kepada beberapa bahagian - seorang penyelia bahagian.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• makanan segar - daging, ikan & keperluan harian - sabun mandi, syampu.
• Harga - tidak boleh ditawar.
• dilekatkan dengan tanda harga.
KAEDAH JUALAN & SUSUNATUR KEDAI
• secara layan diri.
• jualan dibuat secara tunai & kad kredit.
• ruang yang luas dan dihiasi dengan cerah.
• Barangnya diperagakan

GEDUNG ANEKA JABATAN
Maksud
sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - terletak di lokasi yang strategik di bandar besar. Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.

Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan modal yang besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
• Pentadbirannya dikawal oleh Lembaga Pengarah - menentukan segala dasar syarikat.
• Setiap jabatan merupakan unit khas
• Pembelian stok - tanggungjawab pengurus jabatan
• Contoh jabatan pakaian wanita
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• pelbagai dari segi jenis dan jenama.
• Harga - tidak boleh ditawar.
KAEDAH JUALAN
• Jualan - tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
• lif, tandas, telefon, tempat letak kereta, surau

KOPERASI RUNCIT
Maksud
organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, koperasi peladang
BENTUK ORGANISASI
• ditubuhkan mengikut Akta Koperasi 1993
• dan didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia.
• Modal - jualan syer kepada anggotanya.
• Syer - tidak boleh diniagakan atau dipindah milik.
KAWALAN & PENGURUSAN
• ditadbir oleh Lembaga Pengarah (menentukan dasar)
• Pengurusan hariannya - oleh kakitangan yang dibayar gaji.
• Stok dibeli dalam kuantiti yang besar
• boleh menawarkan diskaun niaga yang tinggi
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
• menjual barang keperluan harian kepada anggota dan bukan anggota.
• Harga barang lebih rendah berbanding harga pasaran
BAYARAN DIVIDEN
• Keuntungan disebut lebihan -sebahagian wajib disimpan sebagai rizab
• bakinya untuk membayar dividen - terbahagi kepada dividen tunai dan rebat.
• Dividen tunai - dividen yang dibayar berdasarkan jumlah belian
• Rebat atas pelaburan pula ialah faedah yang dibayar secara peratusan berdasarkan jumlah saham

BENTUK LAIN PERUNCITAN

MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK
• menjual barang terus kepada pengguna melalui mesin secara automatik.
• memuatkan barang dan dilengkapi pelbagai fungsi - slot syiling atau peragaan tingkap
• memasukkan wang yang mencukupi ke dalam slot - menekan butang barang pilihannya - barang itu akan keluar secara automatik.
• menjual jenis barang tertentu seperti minuman kotak

PESANAN MEL
• menjual barang terus melalui pos atau perkhidmatan kurier.
• Contoh - The Readers's Digest, The Times, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mail Order Gallery (MOG)
• sesuai - menjual barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama.
• Bentuk dan cara penggunaan barang-barang - dapat disampaikan - melalui gambar
• dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen.

FRANCAIS
• seseorang individu yang diberi hak untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal
• Contoh kedai makan segera Merryl Brown, Habib Jewel, KFC’s,
• menggunakan logo, nama dan reka bentuk yang sama.
• individu atau syarikat yang diberi kebenaran - francaisi
• syarikat induk yang memberikan kebenaran - francaisor.
• perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak- syarat francais

JUALAN LANGSUNG
• menjual barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu.
• Contoh syarikat Amway, Avon dan syarikat-syarikat insurans.
• Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih dengan pelbagai kemahiran dan teknik jualan
• Secara pelbagai peringkat (multilevel)
• menggunakan senarai harga, katalog atau sampel produk.
• dibayar komisen atas jualan
• 3 bentuk jualan langsung –
o jualan perkhidmatan oleh ejen seperti ejen insurans
o jualan barang oleh ejen pengeluar - katalog dan sampel seperti Avon
o jualan barang oleh ejen bebas
• Jenis produk yang sesuai - kosmetik, perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan.

Faktor-faktor Pekembangan
1. Pengguna semakin sibuk
2. Masalah pengangkutan
3. khidmat sokongan pelanggan lemah - berbaris panjang di kaunter bayaran
4. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi - panggilan tanpa tol, kad kredit dan internet.
5. Kos pengiklanan – murah

E-DAGANG
• menjual melalui talian internet dengan rangkaian komputer
•dari peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga peringkat bayaran.
• secara online antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia.
• mewujudkan laman web dan gerai pameran dalam internet
• gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer.
•perlu membuat bayaran awal (prabayar) dengan memasukkan nombor kad kreditnya.

KEDAI KATALOG
• mempromosikan barang atau perkhidmatannya melalui katalog
• Contoh - Courts Mammoth, Ikea dan The Catalog Shop.
• semua jenis barang jualan disenaraikan secara teratur
• katalog diedarkan secara percuma di tempat kunjungan ramai
• Keistimewaan - tawaran skim bayaran ansuran yang fleksibel
•menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti perkhidmatan penghantaran barang
•Sasaran - bergaji tetap seperti pegawai kerajaan
•keuntungannya daripada faedah

PERNIAGAAN BORONG
1. Membeli stok secara pukal dan memecah pukal
•membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran barang secara besar-besaran & mendapat modal pusingan cepat
•menjimatkan kos pengeluaran kerana kerja pembungkusan dan upah pekerja ditanggung oleh pemborong
2. Mengurangkan kos pergudangan
•menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal yang dibeli
•barang keluarannya tidak disimpan lama.
3. Mengurangkan kos pengangkutan
•memiliki kemudahan mengangkut barang yang dibeli ke gudangnya.
•tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
4. Pengendali pasaran
•memperluaskan lagi pasaran bagi produknya.
•pemborong mempunyai rangkaian peruncit sendiri untuk mengagihkan barangnya.
5.Memberi maklumat pasaran
•orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
•menyampaikan teguran serta komen peruncit dan pelanggannya kepada pengeluar.

Fungsi Pemborong Kepada Peruncit
1. Membekalkan beraneka jenis barang
•memudahkan - tidak perlu - mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar dari merata-rata tempat.
2.Memberi kemudahan kredit
•menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu dijual kepada pengguna.
•merancang modal pusingan dengan sempurna.
3. Menghantar barang kepada peruncit
•tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
•menjimatkan kos pengangkutan dan masa peruncit.
4. Menyimpan stok yang mencukupi
•membolehkan peruncit mendapat bekalan secara berterusan dan ini
•mengekalkan pelanggannya
5. Memberi maklumat dan nasihat
•berkenaan barang baru kepada peruncit.

Fungsi Pemborong Kepada Pengguna
1. Menstabilkan harga barang
•sentiasa menyimpan stok barang yang mencukupi
•mengelakkan kenaikan harga barang.
•menerima manfaat menerusi harga barang yang stabil.
2. Menyediakan bekalan yang berterusan
•menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya
•supaya bekalan tidak terputus – elak cenderung membeli banyak
•menyebabkan perbelanjaan pengguna meningkat.
3. Menyampaikan maklumat
•memberitahu peruncit tentang maklumat yang terkini bagi produknya.
4. Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal
•seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.
5. Mempelbagaikan pilihan
•mempelbagaikan pilihan pengguna akhir terhadap barang beraneka jenis yang ada pada peruncit.

JENIS PEMBORONG• Terdiri drpd pemborong saudagar dan ejen
•pemborong saudagar Terdiri drpd Pemborong Berfungsi Penuh & Pemborong Berfungsi Terhad
•Pemborong Berfungsi Penuh terdiri drpd pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.
•Pemborong Berfungsi Terhad
oPemborong pesanan mel
oPemborong pesanan berwakil
oPemborong perkhidmatan pengangkutan
oPemborong bayar dan bawa
oPemborong jober para
•ejen – ejen pengeluar, ejen penjual & broker

PEMBORONG SAUDAGAR• pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar dan menjualnya kepada peruncit.
•mempunyai hak milik ke atas barang
•menanggung risiko kerugian jika barang-barang tidak dapat dijual.
•dikategorikan kepada dua, iaitu pemborong berfungsi penuh dan pemborong berfungsi terhad.
Pemborong Berfungsi Penuh
•menjalankan semua tugas seseorang pemborong.
•membeli dan menjual barang, memecah pukal, memberikan bantuan
kewangan, menyediakan kemudahan pergudangan dan pengangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi
•dikelaskan kepada tiga kumpulan utama, iaitu pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.
1. Pemborong am
•membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan.
•Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama.
2. Pemborong khusus
•membeli dan menjual sesuatu jenis barang
•Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Nike
3. Pemborong satu barisan
•membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis.
•Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja.

Pemborong Berfungsi Terhad
•tidak menjalankan semua fungsi yang ditawarkan oleh pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.
•Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad, iaitu:
1. Pemborong pesanan mel
2. Pemborong pesanan berwakil
3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan
4. Pemborong bayar dan bawa
5. Pemborong jober para

EJEN
•orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang bagi pihaknya.
•tidak mempunyai hak milik
•tidak menanggung sebarang risiko kerugian.
•tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan harga barang jualan.

Ejen Pengeluar
•wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.
•tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang
•memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar.
•Contoh ejen pengeluar ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara.

Ejen Penjual
•memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.
•sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi.
•menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya.

Broker
•menemukan penjual dengan pembeli.
•dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli.
•tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.
•tidak berhak membuat kontrak
• tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri
• tidak mempunyai hak untuk memberikan kredit
• menerima bayaran atau mengeluarkan resit pembayaran kepada pembeli.
• menerima komisen sebagai ganjaran terhadap perkhidmatannya
• tidak berkongsi untung dengan prinsipal.
• Contoh - broker hartanah dan saham.

PENGAMBIL ALIHAN FUNGSI PEMBORONG
1. KEMUNCULAN PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN
•Contohnya gedung aneka jabatan - mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar.
•memiliki modal yang besar dan mampu membeli barang secara pukal dan
•menanggung kos tambahan - pergudangan dan pengangkutan serta melakukan kerja-kerja akhir
•Koperasi runcit - gabungan pengguna untuk membeli barang secara terus daripada pengeluar - harga belian yang murah.
2. BENTUK LAIN PERUNCITAN
•mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung, e-dagang dan kedai katalog
•membolehkan pengeluar menjual keluarannya terus kepada pengguna akhir
3. PENUBUHAN KEDAI SEJARAS
•Pengeluar menubuhkan rangkaian kedai sendiri
•memasarkan barang keluaran kilangnya terus kepada pengguna.
•Cawangan - di seluruh negara.
•syarikat Bata Berhad dan syarikat Singer Berhad.
4. PELANTIKAN EJEN OLEH PENGELUAR
•barang-barang berkualiti tinggi yang memerlukan penerangan terperinci oleh pengeluar seperti komputer
5. PENUBUHAN AGENSI PEMASARAN OLEH KERAJAAN
•Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Persekutuan Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) untuk memasarkan hasil pertanian
6. BARANG YANG DIPESAN KHAS OLEH PENGGUNA
•Barang yang dibuat menurut arahan atau tempahan khas pengguna
•akan dihantar oleh pengeluar kepada pembeli.
•Barang yang sesuai - cermin mata, pakaian yang ditempah khas.
•barang-barang yang berteknologi tinggi yang pasarannya terhad dan mahal seperti kapal terbang

DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI

SURAT TANYA
1. Dokumen dari peruncit kepada pemborong
2. Fungsi - untuk bertanya tentang barang yang hendak dibeli
3. Butir - jenis barang - harga barang - kuantiti - syarat serahan dan syarat bayaran

SURAT JAWAPAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada peruncit
2. Dilampirkan bersama sama ada sebut harga / senarai harga atau katalog
3. Fungsi – memberi keterangan lanjut mengenai barang yang boleh dibekalkan.

SEBUT HARGA
1. Senarai harga barang yang diminta oleh pembeli

SENARAI HARGA
1. Senarai harga barang yang dijual oleh pemborong

KATALOG
1. Maklumat barang yang dicetak dan disertakan bersama gambar yang berwarna dan menarik
2. Tiada harga dicetak tetapi ada no rujukan
3. Harga dicetak ditempat lain untuk menjimatkan kos jika ada perubahan harga

BUTIRAN DALAM SEBUT HARGA
1. Pemborong menyatakan jenis serahan

JENIS SERAHAN
1. Serahan sedia - sebaik pesanan diterima
2. Serahan segera - beberapa hari selepas pesanan diterima
3. Serahan hadapan - pada tarikh yang ditetapkan

SYARAT SERAHAN
1. Ang. Had. - pembeli perlu membayar kos angkutan
2. Ang. Dibayar - pembeli tidak perlu membayar kos angkutan
3. P. ke DK - Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam kapal sahaja. Tambang kapal dibayar oleh pembeli
1.KIT - Harga barang telah merangkumi kos, insuran dan tambang - pembeli tidak perlu membayar lagi.

SYARAT BAYARAN
1. Penerimaan 7 hari sahaja - harga dalam sebutharga sah hanya 7 hari daripada tarikh sebutharga
2. Dengan akaun diakui -pemborong hanya memberi kredit kepada pembeli tetap sahaja
3. Tunai waktu pesanan - bayar perlu dijelaskan sewaktu pesanan dibuat
4. Tunai bersih - jika ditulis 3 hari, bermakna perlu dijelaskan dlm tempoh 3 hari
5. Tunai segera - bayaran perlu dibuat beberapa hari selepas barang diterima.

SYARAT DISKAUN
1. Diskaun niaga - diberi untuk menggalakan pembeli membeli dalam kuantiti yang banyak cth 10 % - pembelian melebihi RM 1000
2. Diskaun tunai - diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutang dengan segera cth 10% - 10 hari,

BORANG PESANAN
1. Dihantar oleh pembeli kepada pemborong untuk memesan barang
2. Butir – nama dan alamat pembeli / jenis barang dan kuantitinya

NOTA SERAHAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli
2. Dihantar bersama-sama barang yang dipesan
3. Dibuat dalam tiga salinan
4. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti penerimaan
5. Harga barang tidak dicatatkan
Fungsi
1. Menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar
2. Membolehkan pembeli memeriksa dan mengakui barang dalam keadaan baik
3. Sebagai bukti penerimaan barang

NOTA KIRIMAN
1. Dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan jika pemborong menghantar barang menggunakan kenderaan syarikat pengangkutan
2. Dibuat dalam tiga salinan- untuk pengangkutan, pemborong dan pembeli
3. Butir - nama dan alamat, kuantiti dan jenis barang, bayaran pengangkutan
4. Nota ini diserah kepada pembeli melalui pemandu kenderaan
5. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti syarikat pengangkutan telah menyempurnakan tugas.

INVOIS
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli jika pembelian dibuat secara kredit
2. Fungsi - memberitahu pembeli maklumat barang yang telah dijual dan jumlah hutang yang perlu dibayar
3. Sebagai catatan / rujukan dalam akaun
4. Butir - ada perkataan K & K di K - kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pemborong boleh membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois dengan menghantar nota kredit atau nota debit.

NOTA KREDIT
Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan dalam invois hutang akan dikurangkan sebab
1. Jumlah hutang tertulis lebih dari jumlah sebenar
2. Barang rosak / salah jenama dipulangkan
3. Botol kosong dipulangkan
4. Pembeli diberi elaun / diskaun

KAEDAH JUALAN

JUALAN TUNAI
tunai diterima sebaik sahaja barang atau perkhidmatan diserah kpd pelanggan
1.diamalkan oleh peruncit besar-besaran – prinsip ‘volum besar untung sedikit’
2.juga mesin peruncitan automatik & kedai perkhidmatan
3.kutipan boleh digunakan – tanggung belanja operasi harian
4.jualan murah – kukuhkan tunai

JUALAN KREDIT
Membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya dijelaskan
1. diamalkan meluas – antara pemborong dgn peruncit
2. bekal barang – syarat kredit 3 hingga 6 bulan
3. tempoh kredit – masa mengumpul tunai
4. jika tidak bayar – bekalan diputus atau faedah dikenakan
5. bolehkan peruncit kecil-kecilan beroperasi
6. satu adat perniagaan – tanpa perjanjian resmi
7. kadang kala – sedikit pendahuluan atau cengkeram
8. baki – sekali gus atau ansuran
9. harga lebih mahal – mengenakan faedah
10. dua jenis – bayaran tertunda & sewa beli

Bayaran tertunda
1. Barang – jadi milik pembeli – selepas bayar pendahuluan
2. & tandatangan perjanjian
3. baki – ansuran
4. tidak bayar – pembeli akan dakwa
5. tidak boleh tarik barang – kerana nilai jualan semula barang rendah
6. ciri-ciri barang – tidak tahan lama, nilai terpakai rendah cth jam tangan & mengikut keperluan individu cth cermin mata

Sewa beli
1.Barang – boleh diguna pembeli – selepas bayar pendahuluan
& tandatangan perjanjian
2.baki – ansuran
3.tidak bayar – boleh tarik balik
4.ciri-ciri barang – tahan lama

JUALAN PRABAYAR
Maksud
Memerlukan pembeli bayar dahulu sebelum barang jualan atau perkhidmatan diserah kpdnya
Ciri-ciri
1. diamalkan dlm bidang komunikasi cth kad telefon
2. digunakan apabila kewangan pengguna diragui
3. jika belian dilakukan secara internet (belian secara talian terus)

JUALAN KONSAINAN
Maksud
Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual dengan syarat barang akan dipulang balik sekiranya tidak terjual cth jualan kereta lama, karya pelukis
Ciri-ciri
1. Hak milik dipegang oleh konsainor – sehingga barang dijual
2. Konsaini – mengutip & mengirim hasil jualan setelah ditolak komisen
3. Konsaini – tidak bayar kos barang – hanya ejen jualan
4.Konsaini – menyimpan & mengawal barang – tidak bertanggung jawab – rosak, curi, hilang
5.Barang yg tidak terjual – pulang balik tanpa kena kos kpd konsaini

FAKTOR PEMILIHAN
1. Keperluan tunai
•Utamakan tunai – jualan tunai & prabayar
•Tidak perlu – jualan kredit kerana margin untung tinggi
2. Jenis barang
•barang mewah & mahal – pengguna tak mampu - jualan kredit
•barang nilai rendah – gula, tisu – jualan tunai
•barang kurang laris – jualan konsainan cth karya pelukis
•kad telefon & kad tambang – jualan prabayar
3. Kemampuan pembeli
•jika mampu – jualan tunai – kerana harga lebih rendah
•jika tidak – jualan kredit – juga pilihan yg wajar